Kelas Multimedia (Membuat Logo)
6 Julai 2020 | Aktiviti TerkiniAhad bersamaan 5 Julai 2020, Pusat Internet Spaoh (PI Spaoh) telah mengadakan Kelas Ms. Publisher iaitu ‘Asas Ms. Publisher’ yang bermula pada jam 9.00 pagi hingga 12.00 tengahari bertempat di Pusat Internet Spaoh. Kelas ini telah di sertai oleh 5 orang pelajar daripada sekolah menengah dan sekolah rendah.
Tujuan utama kelas ini diadakan adalah untuk mengajar dan melatih peserta terutamanya pelajar sekolah untuk membuat sebuah logo menggunakan laman web yang disediakan atas talian. Ini merupakan salah satu langkah untuk meningkatkan daya kreativiti dan permikiran peserta yang mengikuti kelas ini.
Antara pengisian semasa kelas ialah peserta pada awal kelas diterangkan mengenai kelas yang akan diadakan iaitu membuat logo. Semua peserta diajar langkah demi langkah dalam membuat logo menggunakan laman web percuma yang terdapat atas talian. Setelah semua penerangan dan pengajaran telah diberikan, setiap peserta diberikan tugasan untuk membuat satu logo yang bertemakan bebas bagi menguji pemahaman peserta terhadap kelas pada kali ini. Setiap logo mempunyai maksud yang tersendiri dan peserta ditanyakan maksud logo yang mereka telah siapkan. Kelas sebegini penting untuk meningkatkan daya kreativiti dan pemikiran setiap peserta.
Dengan kelas sebegini, sedikit sebanyak peserta dapat dididik dan mendapat sedikit pengetahuan am untuk kegunaan di masa hadapan sejajar dengan matlamat Pusat Internet iaitu memberi pendedahan awal kepada komuniti luar bandar mengenai ICT agar setaraf dengan penduduk di bandar.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: